Minggu, 14 April 2013

[islam-kristen] Why Islam?

 

Netters yang dirahmati Allah;

Semalam saya dapat sempat mendengar ceramah dari Brother Muhammad Jay Suman Puspanathan, seorang pelajar masters, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi . Beliau berceramah selepas isya' hingga lewat malam [berhenti sekitar 12.05 pagi].

Tajuk yang diberi ialah Why Islam atau Why Al-Islam.

Bapa beliau seorang India yang beragama Hindu. Emak beliau seorang yang berbangsa Cina dan beragama Christian Protestant. Semasa kecil beliau kerap ke Tokong Hindu bersama bapa sering bertanya kenapa Tuhan yang disembah garang-garang semuanya. Dengan rupa mata yang terbeliak dan lidah terjelir hingga ke leher.

Dalam masa yang sama beliau juga menjadi perajurit kepada Presbytarian Protestant Church yang diikuti oleh emak beliau.

DSC00453.jpg

Ceramah beliau banyak menunjukkan apa itu Christian. Beliau menceritakan apa itu Protestant dan apa itu Katholic dan perbezaan antara kedua. Beliau juga menceritakan adakah Bible Christian itu transalation atau version. Saya sertakan beberapa slide yang sempat saya ambil menggunakan video camera yang tak ada flash. Saya terlupa nak bawa DSLR yang ada pada saya jadi gambar semua agak malap dan tak terang.

Beliau juga menyatakan fakta kenapa dalam bible buku-buku yang ada tudak sama. Protestant ada 66 buku manakala Catholic ada 73. Apa itu old testament dan apa itu new testament.

Rupanya dalam old testament lima buku yang pertama di ambil Zabur manakala Psalm pula ialah diambil dari taurat dan new testament kononnya diambil dari Injil yang ditulis oleh beberapa orang termasuk luke. Paul menulis 48% buku new testament.

Itu sebabnya Paul merupakan orang yang keenam most influential kalau ikut buku yang di tulis oleh Michael Hart. Kerana 1/3 pendududk dunia membaca bibile yang 48% dikarang oleh Paul dengan ilham dari Allah kononnya.

Banyak maklumat yang saya dapat. Terima kasih kepada Allah kerana membukakan hati saya untuk pergi ke majlis ilmu ini. Walaupun habis jauh malam tapi hati ini cukup seronok melihat revert-revert seperti Muhamad Jay Suman Puspanathan, Daniel, Fatin yang sanggup berdakwah menyampaikan islam di mereta-rata tempat walaupun baru sahaja revert kepada islam.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka dan kita semua untuk bersama-sama menyampaikan risalah islam ini kepada mereka yang menghendakinya.

Gambar-gambar lain boleh dicapai di link berikut difacebook ni:

http://www.facebook .com/album. php?aid=2055442&id=1524737853&l=d9c0c5e6e2

Tawangalun.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar